Popular Posts

Saturday, October 15, 2011

Diari 3hari2malam Perkhemahan Perdana Unit Beruniform Kali Ke-4 SKBS 2011



Aktiviti : Pendaftaran peserta mengikut UB masing2
Masa : 2.00-3.30pm

Guru Penasihat PBSM : Cg Senni & Cg Einah 
Peserta/ahli PBSM
ahli2 PPIM
Cg Sarina : guru penasihat PPIM


guru penasihat Pengakap : Cg Mahmud & Ust. Amzari 

Peserta/ahli Tunas Puteri : Cg Zira, Cg Linda & Cik Diah  
Khemah peserta perempuan



Khemah peserta lelaki
anggota RELA sedia membantu melicinkan persiapan camping

Khemah urusetia [markas induk camping]

Unggun api : simbolik upacara pelancaran Perkhemahan Perdana UB 2011
Aktiviti Malam Serlahkan Jatidiri!!!
s
Siap siaga!

Aktiviti Hari Ke-2 : 01 Okt. 2011 [Sabtu]

LDK 1
 
Senamrobik
Makan ala camping

Masa santai & rehat urusetia/ajk
Aktiviti kawad kaki

          
aksi2 aktiviti berhalangan

 

  

 


masa santai urusetia
Pertandingan memasak

 
Jom rasa!!    
 
Malam Kebudayaan

Aktiviti Hari Ke-3 Tarikh : 02 Okt. 2011 [Ahad] 

Awal pagi kemas khemah


 

Khidmat masyarakat
Sharing is caring, worth experience.

Jumpa lagi tahun hadapan... 

AJK/Urusetia Perkhemahan Perdana UB

Pengarah & Timb. Pengarah Camping





AJK Kerohanian/Keselamatan
AJK P.A system/photographer

AJK Jamuan
 

 

AJK Kebajikan 
AJK All in One

 

 



Suka dan duka, pahit dan manis dilalui bersama... itulah pengalaman yang terindah seumpama meneroka harta yang paling berharga. Tahniah kepada semua yang menjayakan perkhemahan pada tahun ini. Semoga terus cemerlang!!

Friday, February 18, 2011

Temasya Sukantara SKBS 2011 Puncak Kemeriahan Berganda!!

17 Februari 2011 menjadi tarikh dan hari keramat yang dinanti penuh debar oleh semua pihak. Seawal jam 6.00 pagi usaha merapikan sisa-sisa tugas bagi persediaan temasya dilaksanakan penuh teliti oleh AJK Pelaksana yang turut dijayakan oleh pihak PIBG, murid-murid juga penduduk setempat. Acapkalinya, guru-guru SKBS dengan semangat kesukanan berbesar hati menyumbangkan t-shirt sempena Temasya Sukantara Tahunan Kali Ke-13 SKBS 2011. 

 


  Walaupun hujan membasahi bumi, namun persekitaran sekolah tampak gah dengan hiasan berwarna-warni, setiap penjuru kawasan sekolah sendat dengan kibaran sambulayang pelbagai nilai estetika simbol budaya masyarakat Bajau yang sememangnya berjaya menarik perhatian setiap kelipan mata yang memandang. Padang bagaikan tersenyum dengan hiasan banting-banting, kanopi, serta pentas utama yang dihias indah rupa hasil seni En. Pakiluddin Hj Abd. Muddin, En. Selasah Hj Kapparah, En. Mad Kaya Mustapah dan ahli PIBG yang sempat meluangkan masa menceriakan kerja-kerja dekorasi persekitaran sekolah. Palungan kulintangan dan gong menyambut kedatangan para jemputan menambah semangat ingin tahu suasana temasya. 


 
  
Acara bermula dengan lintas hormat perbarisan rumah-rumah sukan yang turut menjadi acara yang dipertandingkan. Susun aturlangkah penuh segak dan senada dimulakan oleh kontinjen Datuk Mumtaz Jaafar (merah), disusuli oleh kontinjen Dato' Marina Chin (biru), diikuti oleh kontinjen Datuk Dr. M.Jegathesan (kuning) dan dikemasrapi oleh kontinjen Rabuan Pit (hijau) namun perbarisan oleh kanak-kanak prasekolah dengan ragam bersahaja mampu menguis senyuman pada wajah para hadirin yang hadir di bawah pengawasan Cikgu Abu Bakar Hj Abd. Rahman dan Cikgu Ariyani Jakuddin di padang. Kehadiran YB Datuk Hj Harman Bin Hj Mohamad, Ahli Dewan Negeri N.52 Sulabayan bukan sahaja memeriahkan temasya sebaliknya menjadi saksi kepada abiliti dan kauntabiliti pihak penganjur temasya yang sememangnya berdedikasi dan komited untuk menjayakan setiap inci persediaan temasya pada tahun ini.





Paling mengujakan adalah saat perasmian Temasya Sukantara Tahunan Kali Ke-13 SKBS 2011 dengan terkibarnya bendera kejohanan yang sememangnya memberi suntikan semangat kesukanan yang lebih membara khususnya dalam diri murid-murid.



Walaupun suasana sedikit suram dengan masalah teknikal yang tidak dijangka namun pelaksanaan temasya tetap berjalan dengan lancar. Material sedia ada dimanipulasi dengan tangkas dan bijak oleh pihak penganjur khususnya pengacara majlis, Cikgu Sarina Hj Ismail yang sentiasa sabar mengatasi kekangan yang ada bagi memastikan kekurangan yang berlaku tidak sedikitpun merudumkan semangat dan semarak suasana temasya.


 

Persembahan Senam Tari memeriahkan lagi trek sukantara kali ke-13 yang disertai oleh semua murid-murid Tahun 2 bimbingan Cikgu Sitti Aradiah Stawasil dan En. Agenatius Lazarus. Kemudian acara balapan 50 meter Tahap 1 dengan penyertaan murid-murid Tahun 1, 2 dan 3 mampu menjungkil bakat sukan yang terpendam secara maksima.




Beberapa acara menyusul sambil diiringi dengan upacara penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi acara lontar peluru dan lompat tinggi yang telah dilaksanakan sehari sebelum temasya berlangsung. Cikgu Rogiyah Hassan merupakan antara guru yang bertungkus lumus bagi menambah seri pada hiasan sijil dan hadiah yang turut dibantu oleh guru-guru wanita yang sememangnya mempunyai bakat luar biasa dalam bidang hiasan iaitu Ustazah Salwa Abd. Haziz, Ustazah Norismaliyati Mustapha, Cikgu Suriani Lasupu, Pn. Edelynn Roberto dan Ustazah Siti Hajar Jusoh. 


Acara 4X100 meter, 4X200 meter, 100 meter menjadi acara yang berjaya mengajak hadirin untuk bersorak memberi dorongan dan sokongan kepada semua peserta yang bertanding. Kesungguhan dan pengalaman sebagai guru sukan tidak dapat disangkal, Cikgu Muhammad Razali Hj Abidin merupakan antara nadi utama kepada pengurusan acara balapan, yang turut mendapat sokongan gerak kerja yang padu oleh Cikgu Samir Abd. Shani, Ustaz Hj Saidi Hj Ibrahim, Cikgu Senni Gerut Pongsi Rante, Cikgu Noor Einah Hj Mohamad Sulu, Ustazah Norashima Md. Nor, Cikgu Noraini Alisan, Cikgu Mohd. Yunus Mohd. Siddik, Ustaz Muhammad Amzari Ibrahim, Cikgu Mazira Musa, Cikgu Haribain Hj Ahmad dan Cikgu Hj Mapileh Hj Lasani.



Acara terbuka, acara tarik tali yang melibatkan pihak PIBG, guru-guru dan penduduk setempat meriuhkan lagi suasana temasya. Selain, tarik tali antara murid-murid prasekolah turut diadakan. Iringan upacara cabutan nombor bertuah dan penyampaian cenderahati kepada ahli RELA dan para sukarelawan mendorong pada hadirin untuk terus bersama-sama hingga ke akhir temasya.



 


Klimaks temasya sukantara kali ke-13 terlaksana dengan pengumuman keputusan kejohanan keseluruhan termasuklah keputusan perbarisan kontinjen rumah-rumah sukan. Kontinjen Dato' Marina Chin (biru) memonopoli kejohanan dengan tampil juara keseluruhan dengan kutipan 9 pingat emas (81 mata), manakala Kontinjen Datuk Mumtaz Jaafar (merah) tampil hebat dengan memenangi naib johan dengan kutipan 6 pingat emas (60 mata), sementelahan Kontinjen Dato' dr. M.Jegathesan (kuning) mendapat tempat ketiga dengan kutipan 5 pingat emas (55 mata). Kontinjen Rabuan Pit dengan kedudukan tangga ke-4 berjaya mengumpul 1 pingat emas (32 mata). Antara objektif yang hendak dicapai adalah untuk melahirkan dan menggarap potensi khususnya dalam bidang sukan di kalangan semua murid. Akhirnya objektif tersebut dapat direalisasikan dengan pemilihan olahragawan bagi tahun 2011 yang sememangnya menjadi milik adik Mohd. Izwan Bin Muhamamd Razali Tahun 5B, manakala olahrawati pula dianugerahkan kepada adik Marah Binti Asiri Tahun 5A. Rekod dan statistik dijaga teliti dan sentiasa menghebahkan data terkini di bawah kendalian Cik Normadiah Wahminah dan Cik Shazlina Sidek yang benar-benar berdedikasi.





 

Terlerai sudah Temasya Sukantara Tahunan Kali Ke-13 SKBS 2011. Seiring dengan misi yang diwar-warkan oleh pihak KPM iaitu 1Murid 1Sukan, dapat disimpulkan SKBS telah berjaya untuk mencapai matlamat tersebut dengan melibatkan semua murid dalam acara-acara sukan yang diadakan pada tahun ini. Sekalung perghargaan dan tahniah kepada semua pihak pentadbir, guru-guru, AKS, pihak PIBG dan seluruh pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam merealisasikan kemeriahan temasya sukantara SKBS bagi tahun 2011. Tahniah dan syabas!!!!!!

"Majulah Sukan Untuk Negara"