Popular Posts

Tuesday, February 1, 2011

Jom Semarakkan Temasya Sukantara Tahunan Kali Ke-13 & Hari Mesra Ibu Bapa SKBS 2011!!

Temasya ini akan berlangsung pada 17 Februari 2o11 (Khamis) bertempat di Padang SKBS dan akan turut dihadiri seterusnya dirasmikan oleh YB Datuk Hj Harman Bin Hj Mohamad, ADUN 52 Sulabayan. 

Untuk makluman bersama, revolusi dalam menjenamakan semula ikon rumah-rumah sukan di peringkat sekolah sejak beberapa abad terdahulu, SKBS bangkit mencetuskan evolusi idea dengan memberi aura baru menggantikan nama rumah Merah kepada Datuk Mumtaz Jaafar, rumah Kuning Datuk Dr. M. Jegathesan, rumah Biru Dato' Marina Chin dan rumah Hijau Rabuan Pit.

Transformasi dan informasi ini bertujuan untuk memberi pendedahan, pendidikan dan pengetahuan secara langsung kepada murid tentang perjuangan dan pengorbanan tokoh-tokoh sukan negara yang telah banyak menyumbangkan jasa kepada kegemilangan khasnya di persada sukan. Senario ini juga menjadi wahana kepada dedikasi dan penghargaan warga SKBS terhadap keunggulan dan kecemerlangan atlit-atlit sukan terdahulu dan di akhirnya nanti memberi rangsangan positif dan motivasi kepada semua murid yang bakal mencalitkan trek tidak lama lagi!       

Bersama menuju kecemerlangan, "Majulah Sukan untuk SKBS"  

  
Inilah citra kepimpinan SKBS...  

4 comments: